selamat datang ke teratak ku..sila sila tambah nasik!

18.2.12

Inilah Penyebab Whitney Houston Meninggal Dunia


Pelbagai spekulasi muncul apakah penyebab kematian Whitney Houston pada Sabtu lalu. Sumber TMZ menyebut Whitney berkemungkinan hilang arah dan tenggelam ketika mandi dan berendam dalam bathtub.
Tapi, kenapa Whitney boleh sampai tenggelam dalam bathtub. Jawapannya adalah xanax.
Menurut sumber TMZ, Whitney berkemungkinan meminum xanax sebelum dia mandi dan berendam dalam bathtub. Ubat yang cepat diserap sistem pencernaan ini sangat efektif untuk mengatasi rasa gelisah.
''Anggota keluarga Whitney mengatakan kepada kami bahawa Whitney ada mengambil ubat yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah kegelisahan dan depresi,'' tulis TMZ.
Selain daripada tindakannya mengambil xanax, Malam sebelum kejadian Whitney menghadiri sebuah pesta dan telah mengambil alkohol dalam jumlah yang banyak. Kombinasi xanax dan alkohol ini dapat menimbulkan 'efek tenang' yang berlebihan. Inilah yang membuatkan Whitney terlelap dan akhirnya lemas di dalam bathtub.
Jasad Whitney sudah diangkat dari bathtub apabila petugas media tiba. Meskipun demikian, penyebab kematian Whitney belum dapat dipastikan samada kerana lemas, over dose atau penyebab yang lain. Pihak polis telah  menemui pelbagai ubat ubatan di biliknya tetapi mereka tidak menemui narkoba, sejenis dadah yang boleh membawa maut.
Sumber : REPUBLIKA.CO.ID, WASHINGTON 
Ps : Hm artis hollywood ni kalau mati mengejut mesti sebab ubat or dadah..xada sebab lain ke?haihh..
Read more ...

Seni menggunakan kopi

Kalau kita tengok Mona Lisa ni….tak kan tersangka yg seni ni hanya menggunakan kopi!
Utk hasilkan Mona Lisa ni, diorang gunakan 3604 cawan kopi. Untuk nak kasik ada effect shading, diorang ni cuma adjust kandungan susu je. Bunyi nya macam senang jer nak buat….
bijak , berbakat & hebat.




Read more ...

(Lawak) Muka Muka Terlampau



Pernah x korang naik roller coaster?
Pernah x korang rasa nak naik lg?mesti ada kan..
Tapi kesian kat diorg ni mesti xnk naik lg..kecuali negro kat atas ni..haha!!










Read more ...

17.2.12

TANDA2 100 HARI SEBELUM KITA MENEMUI AJAL.....

TANDA “100″ Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Walaubagaimanapunsemua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.
Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akanmengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daginglembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan denganteliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.
Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


“TANDA 40 HARI”
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


“TANDA 7 HARI”
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.
“TANDA 3 HARI”
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


“TANDA 1 HARI”
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


“TANDA AKHIR”
Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
Wallahu’alam.
Read more ...

Keep up with ur peers on FB while ur on the go – #HotlinkActivate allows you unlimited FB plan when you start, so FB away!

Read more ...

Mari sertai Nuffnang and Churpchurp

Siapa yang tak pernah dengan pasal portal pengiklanan Churp-churp? Mustahil lah tidak kenal. Sepanjang aku blogwalking, hampir 90.9% blog yang aku tinggalkan jejak pasti terpampang iklan dari Churp Churp Advertising. Jadi, macam mana dengan income dari program Churp-Churp anda? Masyuk? Harap-harap masyuk lah kan.

Walaubagaimanapun masih terdapat segelintir lagi yang tidak mengetahui tentang iklan Churp Churp ini, apatah lagi untuk menjana duit dengan program pengiklanan ini.Jadi, kepada mereka yang masih belum tahu cara untuk buat duit dengan klik Churp Churp 2011,nanti aku ajar camana nak buat k..tata.














Read more ...

Bunyi aneh di Kota Samarahan, Sarawak

Pada 11 dan 12 Januari 2012 lalu, penduduk Kota Samarahan dikejutkan dengan bunyi aneh dari langit.  Perkara ni menimbulkan pelbagai spekulasi. Ada yang kata benda tu saja dibuat-buat untuk menakutkan orang ramai. Bagi saksi yang mendengar pada ketika itu mengatakan bunyi itu memang wujud. Yang paling takut tu, ada yang kata bunyi seolah-olah orang sedang berdengkur. Berderau darah aku baca berita ni. Ya Allah, ni kah tanda2 dunia akan kiamat semakin hampir?? Hanya Allah je yang tahu.. buat pembaca semua, sila la dengar baik2 ye !!




'Suara aneh dan menakutkan dari langit' yang berlaku di Kota Samarahan, Sarawak baru2 ni mungkin merupakan satu amaran kepada umat Islam di akhir zaman ini.
Mufti perak - Tan Sri Harussani Zakaria berkata, setiap umat Islam wajar mengambil iktibar atas kejadian-kejadian ganjil yang berlaku yang mungkin menjadi petanda kemungkaran Allah atas dosa-dosa yang dilakukan selama di muka bumi ni.
"Setiap yang ganjil berlaku di dunia ini wajar diambil iktibar oleh semua umat islam, mungkin ia adalah amaran kepada kita. Rasulullah pun ada sebut kita ni umat akhir zaman, banyak petanda yang sudah berlaku.
"Kita perlu merenung diri, bermuhasabah diri..terlalu banyak dosa yang telah kita lakukan. Kita merupakan umat paling maju dan bertamadun. Namun kita lupa Tuhan. Kita semakin kufur padaNya. Malah ada suara-suara yang berani mencabar Allah sekarang ni..." katanya ketika dihubungi Mynewshub.my disini hari ini.

Tidak menolak kejadian aneh tersebut sebagai salah satu petanda akhir zaman.  Harussani turut menjelaskan bahawa beberapa perkara lain yang disebutkan Rasulullah SAW telah berlaku yang menguatkan dakwaan tersebut.



"Dah banyak petanda akhir zaman dah berlaku..hukuman yang pernah diturunkan Allah pada kaum-kaum terdahulu pun dah terjadi juga pada zaman sekarang.
"Rasulullah ada sebut dulu..ada orang yang akan tenggelam dalam bumi, dah berlaku kejadian manusia mati tenggelam dalam tanah runtuh..gempa bumi pun makin kerap berlaku, tiap-tiap bulan kita dengar ada gempa bumi..

"Anak-anak zina pun semakin ramai..dah berpuluh-puluh ribu dah..dunia pun dah ada angin 'sar-sar. angin 'sar2' ini ialah angin batu, sekaran ni pun dah ada berlaku bencana ni..angin sar-sar ni dulu diturunkan Allah kepada umah Nabi Luth," ulasnya lagi.
Justeru, Mufti perak itu menasihati umat Islam agar mengambil iktibar di atas segala kejadian yang berlaku kini dan bermuhasabah diri serta kembali kepada agama Allah yang sebenar sebagaimana yang disampaikan oleh Rasulullah SAW.
Insiden bunyi aneh dan menakutkan dari langit yang berlaku di Kota Samarahan tersebut heboh diperkatakan diseluruh dunia dan dilaporkan pernah berlaku di Aaborg, Denmark dan Sweden pada tahun lalu.
Ekoran kejadian tersebut, timbul pelbagai andaian dari masyarakat umum yang mengaikannya dengan fonemena akhir zaman dan merupakan petanda besar bahawa hari kiamat sangat hampir tiba sebagai pengakhiran dunia.
Selain itu, timbul juga andaian yang menyatakan bahawa insiden itu berpunca dari sebuah program yang dikenali sebagai 'High Frequency Active Auroral Research Porgramme' (HAARP) yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat secara rahsia.
Bagaimanapun, tiada bukti yang menyokong hujah HAARP tersebut memandangkan kejadian itu berlaku di merata dunia dan amat mustahil melibatkan program yang berpengkalan di Gakona, Alaska tersebut.
Read more ...

Fatin Liyana



Aku sebenarnya pun tak sengaja terjumpa blog dia..first time aku jumpa blog ni, aku tertanya2 siapa dia ni..model ke ? artis ke? pengacara ke? kalau tengokkan view page dia tu sampai beratus-ratus orang tengah view blog dia. Tak ke korang pelik???

Tapi aku memang tabik spring lah..5 bintang aku bagi kat blog dia ni, memang layak pun dia terima beribu-ribu lemon pengunjung, setakat ni dah 35320 orang yang add dia.. secara tak sengaja aku pun search la kat en. google nama FATIN LIYANA..wahhh giler, ramai gak yang menulis pasal dia..rupanya blog dia ni top 10 lorrr.... tersenarai sama dengan blog BEN SHAARI. sapa lak ben shaari tu?? err korang guna le perkhidmatan en. goole ek..tapi aku rasa, sapa2 yg ada blog ni..genti le kenal sapa bro tuu..x kenal..maka x cinta kat dunia blog nihh..ye dak??

Kenapa lak aku sibuk-sibuk ngan blog FATIN LIYANA tu?? ...
sebab aku memang kagum..asal aku masuk blog dia, mesti mencecah 100 yang tengah view blog dia..tadi time aku masuk, ada 66 pengunjung... kemudian aku refresh..tengok ada 55 pengunjung..see???? tak ke kagum kalau nengok blog gitu..sejukkk tuan rumah nengok..

Padahal..dia bukan selalu update pun blog dia tu.. Asal aku jengok, xde plak dia update blog dia..kebetulan semalam, aku terjah lagi blog dia..baru la ada posting baru..n dia ada post pasal diri dia...

aku memang suka cara penulisan dia..orangnye yang kiut miut..n yang penting banyak tip-tips kecantikan...zasssss
Read more ...

Sanggupkah anda?

Kalaulah begini rupernya toilet, sanggup tak korang tahan ajee?
Lihat lagi gambar-gambar yg kelakar pasal toilet ni…haru biru kalau semuanya rupa camni..








Read more ...

Keep up with ur peers on FB while ur on the go – #HotlinkActivate allows you unlimited FB plan when you start, so FB away!

Read more ...

Bookmark this website, cause you'll definitely be hooked! #ChurpChurp, one of your fav sites.

Read more ...

#ZaloraMY is my only Online Shopping destination for fashion & footwear

Read more ...

Papan tanda tak guna!





Adehh…papan tanda gunanye untuk pastikan semuanye lancar dah teratur. Tapi sign-sign nih sempat lagi buat lawak. Kalau baca yg kat atas tu time jem pagi-pagi, kompem gelak besar. langsung tak jadi marah.tp bagi yang panas baran,bole jadik kalau dia sondol papan tanda tu..haha..













Read more ...

Calon nama untuk kembar

Kalau korang ada rezeki nak dapat kembar, agak-agak apakah nama yg sesuai…
1. Upin & Ipin
2. Aidil & Zaquan
3. Mary Kate & Ashley
4. Abu & Ali
5. Labu & Labi
.
.
.
Tapi yang paling best ….mungkin nama ini kot..


muahaha..

Read more ...

Iklan Klako Penghibur Jiwa..

Adoiyai..sakit prut eden...o__o






Read more ...

Lagi Mahu Tanya Kenapa… Bikin Panas Aje


Di atas adalah borang permohonan untuk cancelkan credit card. Cuba tengok alasan dia apa. Hehehe. Memang direct je dia bagi. First class punya sebab. Terbaik!!!
Read more ...

Sungai Dalam Laut (Subhanallah)

Di dalam air, ada sungai. WOW!!
cuba tengok gambar ni btoi2. Bila menyelam dalam air nih, dekat dasarnye nampak macam rupa sungai.
Mari kita saksikan fenomena ini..







Read more ...

Lunch Time: Lelaki vs Perempuan

Masa Lunch Time, secara turutan, untuk orang lelaki;
.
1. Waktu lunch, jalan ke tempat makan
2. Sampai kedai makan, masuk
3. Ambik Pinggan
4. Letak nasi
5. Letak Lauk
6. Ke kaunter, Bayar nasi dan Air Sekali
7. Makan
8. Habis
9. Balik Opis or
10. Gi surau
Kalau untuk perempuan, camna pulak…… jeng jeng jeng..
> 1. Waktu lunch, jalan ke kedai makan
> 2. Perhatikan orang waktu jalan
> 3. Sempat mengumpat dulu
> 4. Sambil jalan betulkan tudung, tgk baju sendiri, tgk kaki
> 5. Tengok baju orang lain, especially yang cantik dr baju sendiri.
> 6. Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dulu
> 7. Ramai orang, cari kedai lain.
> 8. Jalan lagi
> 9. Dah puas ati..masuk..
> 10. Survey lauk dulu 2, 3 minit.
> 11. Carik2 pinggan, ambik pinggan
> 12. Belek-belek pinggan, bersih ke??tak bersih?..eeeeiiii. .
> 13. Dah puas ati, ambik nasi
> 14. Ambik nasi ceduk sikit-sikit
> 15. Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali
> 16. Buang balik nasi.banyak. .
> 17. Tak puas ati, banyak lagi..buang lagi..(tinggal sejemput)
> 18. Godek2 sikit nasi dalam pinggan 2minit
> 19. Carik lauk. Survey dulu keliling meja. Tenguk sana, tenguk sini
> 20. Jengok dlm bekas lauk, ambik kuah sikit
> 21. Jengok bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi
> 22. Jengok lagi?sambil tu tengok2 orang, jeling-jeling
> 23. Ambil lauk
> 24. Pusing lagi
> 25. Carik sayur pulak!
> 26. Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit
> 27. Ke kaunter bayaran
> 28. Tgk2 nasi dlm pinggan
> 29. Berbisik ngan kawan “alaamak byk la aku ambik”
> 30. Sampai depan kaunter “berapa?”
> 31. Bukak dompet..belek2 celah kad2 bank, celah kad2 nama, celah
> gambar2..
> 32. Keluarkan duit
> 33. Buat isyarat mata ngan member (sbb nasi mahal)
> 35. Tutup dompet. Ambik nasi
> 36. Tinjau-tinjau tempat duduk.
> 37. Jumpa tempat duduk..alamak kotorlah!!!
> 38. Cari tempat duduk lain
> 39. Jumpa.Duduk. …
> 40. Alamak.Air tak order lagi
> 41. Tinjau2, carik org order air..sambil tangan betulkan0 tudung
> 42. Order air
> 43. Bangun
> 44. Ambik sudu
> 45. Duduk
> 46. Bangun
> 47. Ambik Tisu
> 48. Duduk
> 49. Air sampai
> 50. Belek dompet (Step tadi)
> 51. Bayar
> 52. Tutup
> 53. Minum air
> 54. Start makan
> 55. Tengok-tengok orang sambil makan
> 56. Makan separuh..kenyang
> 57. Sebab dah minum air
> 58. Letak sudu, letak garpu
> 59. Pinggan tolak tepi
> 60. Borak2 kater makanan tak sedap
> 61. Ngumpat2..tgk orang
> 62. Pukul 2, naik opis..
> 63. Ambik beg makeup, g surau!!!
tapi x semua macam tu naa....:0)
Read more ...

(Gambar) Ragam Manusia seluruh dunia






Read more ...

16.2.12

meow yang kesian..cian cian..isk3..

Read more ...

ada berani cuba??

Read more ...

Surat Berenti Kerja

JULIANA BONUS BT CHE ROSS
JULIANA BONUS BT CHE ROSS
NO 834,LORONG BAHGIA
TAMAN SEJAHTERA
06600
MUHAMAD YUSOP
PLOT 131A,
JALAN PERINDUSTRIAN BUKIT MINYAK,
14100 BUKIT MINYAK,
SEBERANG PERAI TENGAH, NO 834,LORONG BAHGIA
TUAN,
PER : SURAT BERHENTI KERJA
Saya seperti nama diatas, ingin memohon berhenti kerja. Saya berharap
permohonan ini diluluskan. Berikut adalah sebab- musabab saya ingin
berhenti kerja:-
1. Saya kerap dibuli oleh senior.
2. Makanan di kantin tak sedap tapi mahal macam KFC.. Tambahan pula kalau makcik senior yg kira.
3. Lagu 5′S tidak masuk dalam carta ERA.
4.. Waktu rehat tersangat pendek 15 minit je… Nak beratur pun dah 20 minit!!!
5. KERJA BERDIRIIIIIIIIIII. .. … … . Kasut takde sponge pulak!!!!!
6. Bas kilang tersangat laju… . Tersangat BAHAYA… ..
7. Kalau setakat nak keja kilang, lebih baik tak payah ambil SPM. Indon tak ambil SPM pun boleh keja jugak!!!
8. Pekerja dipaksa O.T. Ingat kita orang ROBOT ke!!! Kalau tak O.T. ugut nak bagi Warning Letter pulakk… ..
9. Pintu kecemasan dihalang. Bila BOMBA audit baru kalut. KESELAMATAN TIDAK DIUTAMAKAN.
10. Scan in/out sikit nak masuk kena beratok sampai GATE HOUSE nak balik kena beratok BULEH TAWAF satu kilang..
11. Pintu keluar masuk 2 shj. Pekerja beribu… . Masuk LATE marah!!! Balik LATE driver BAS pulak marah!!!! sampai rumah mak bapak pulak yang marah KAMI selalu kena MARAHHHHHH.. .
12. Boss kadang 2 ok, kadang 2 tension sampai tak ingat 2 yang kami ni orang gak
13. Faedah2 lain tak memuaskan. contoh keja bagai nak tecabut kepala lutut profet shereing HAMPEHHH
14. BANYAK LAGI NAK HABAQ TAPI KUT TAK SANGUP DENGAQ KUT!!!!
15. Bonus Tahun Ni Takde Macam Hampeh…Orang Gaji Besar je yang dapat,Orang bawahan semua tak dapat…Kalau mcm ni biar boss besar mati cepat!!!! …baru ada keadilan…. ..Aminnnn.
Untuk pengetahuan tuan, saya telah berjaya menabung sebanyak RM 1.5 juta selama saya bekerja sebagai operator. Wang itu telah saya laburkan dalam bentuk dinar emas. Setiap bulan, pendapatan saya adalah sebanyak RM890. Inilah faktor utama saya ingin berhenti kerja. Terima kasih atas segala kerjasama … … …. … tunjuk ajar tuan selama ini dengan saya. **Akhir kata, terimalah sebuah pantun MAUTdari saya… … ..
IKAN KELI, IKAN KEMBUNG; ANGKAT KAKI, LLLAAAMMMBUNG… … …. … …
SEKIAN, TERIMA KASIH..
JULIANA BONUS BT CHE ROSS
MUAHAHAHAHA...


Read more ...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Close