selamat datang ke teratak ku..sila sila tambah nasik!

18.2.12

Inilah Penyebab Whitney Houston Meninggal Dunia


Pelbagai spekulasi muncul apakah penyebab kematian Whitney Houston pada Sabtu lalu. Sumber TMZ menyebut Whitney berkemungkinan hilang arah dan tenggelam ketika mandi dan berendam dalam bathtub.
Tapi, kenapa Whitney boleh sampai tenggelam dalam bathtub. Jawapannya adalah xanax.
Menurut sumber TMZ, Whitney berkemungkinan meminum xanax sebelum dia mandi dan berendam dalam bathtub. Ubat yang cepat diserap sistem pencernaan ini sangat efektif untuk mengatasi rasa gelisah.
''Anggota keluarga Whitney mengatakan kepada kami bahawa Whitney ada mengambil ubat yang boleh digunakan untuk mengatasi masalah kegelisahan dan depresi,'' tulis TMZ.
Selain daripada tindakannya mengambil xanax, Malam sebelum kejadian Whitney menghadiri sebuah pesta dan telah mengambil alkohol dalam jumlah yang banyak. Kombinasi xanax dan alkohol ini dapat menimbulkan 'efek tenang' yang berlebihan. Inilah yang membuatkan Whitney terlelap dan akhirnya lemas di dalam bathtub.
Jasad Whitney sudah diangkat dari bathtub apabila petugas media tiba. Meskipun demikian, penyebab kematian Whitney belum dapat dipastikan samada kerana lemas, over dose atau penyebab yang lain. Pihak polis telah  menemui pelbagai ubat ubatan di biliknya tetapi mereka tidak menemui narkoba, sejenis dadah yang boleh membawa maut.
Sumber : REPUBLIKA.CO.ID, WASHINGTON 
Ps : Hm artis hollywood ni kalau mati mengejut mesti sebab ubat or dadah..xada sebab lain ke?haihh..

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Close